Sebarang tindakan termasuk rombakan dalaman melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hanya akan diputuskan selepas siasatan berhubung kes perjudian di daerah itu selesai, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
Beliau diminta mengulas sama ada akan berlaku rombakan di IPD Sungai Buloh selepas terdapat dakwaan pegawai dan anggota polis melindungi premis perjudian.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=676970372856806&ref=watch_permalink