Sebuah kapal pengangkut pukal Jepun yang terlanggar terumbu karang di Mauritius, telah menyebabkan tumpahan sekurang-kurangnya 1,000 tan minyak ke perairan negara itu sejak minggu lalu.
Kebocoran telah pun berhenti tetapi dilaporkan ada beberapa keretakan di lambung kapal, dan - setelah mengumukan keadaan darurat - Perdana Menteri Mauritius mengatakan mereka harus bersiap sedia untuk "senario terburuk".
Ahli konservasi mengatakan bahawa mereka mulai menemui ikan-ikan mati serta burung laut yang diliputi minyak, meningkatkan kebimbangan akan bencana ekologi walaupun sedang berlaku operasi pembersihan tempatan yang besar.
Laporan oleh Reuters