'Jika benar mahu undang-undang antilompat parti, pecat Adun Pulau Pinang dulu'

2020-08-10 5

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang harus melucutkan empat Adun mengikut undang-undang antilompat parti negeri itu, jika pembangkang benar-benar mahukan undang-undang berkenaan dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Oleh itu, katanya, kerajaan Pulau Pinang harus memaksa kesemua mereka mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012, yang merujuk kepada undang-undang antilompat parti negeri.

Bagaimanapun, Wong Hon Wai (PH - Bukit Bendera) berkata tindakan akan diambil terhadap keempat-empat Adun ini di persidangan DUN Pulau Pinang berikutnya pada bulan Oktober.

Takiyuddin menyambut baik kenyataan Wong dan mengatakan bahawa dia menantikan perkara itu.