Kes rasuah LGE- Wartawan Sin Chew ditahan kerana terbangkan dron

2020-08-10 174

Seorang wartawan daripada akhbar Sin Chew Daily telah ditahan polis kerana menerbangkan dron di kawasan Mahkamah Sesyen Butterworth pagi ini.

Wartawan tersebut, Ang To Kai melakukan kesalahan tersebut ketika membuat liputan kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).