Susulan daripada kluster baru Covid-19 yang bermungkinan berpunca dari perebak utama (super spreader), Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata ahli-ahli Parlimen yang baru pulang daripada kawasan terlibat perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum kembali ke persidangan Dewan Rakyat.
Arahan daripada Kementerian Kesihatan ini meliputi kawasan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Bersasar (TEMCO), Kawasana Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), separa PKPD dan PKPD tempatan.
Katanya lagi, arahan ini juga termasuk bagi mereka yang bergejala atau kes PUI (person under investigation), PUS (person under surveillance) dan mereka yang berkontak rapat dengan kes positif Covid-19.