Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Lim bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut kertas pertuduhan, Lim ketika menjadi ketua menteri didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, pengarah kanan eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang mendapat projek itu.