Tengku Zafrul ulangi Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB

2020-08-07 9

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi mengulangi bahawa Tabung Harapan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sementara itu, dalam sesi Dewan Rakyat semalam beliau berkata hutang kerajaan dan liabiliti pada masa ini adalah sebanyak RM1.26 bilion.

Status mengenai wang Tabung Harapan menjadi modal politik bagi wakil rakyat dan penyokong PN, walaupun kerajaan terdahulu pada November lalu menyatakan kesemua RM205.49 juta wang tabung itu telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019.