Md Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera, akan diusir dari negara ini dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap warga Bangladesh itu.