Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Rina Mohd Harun dilihat tidak menjawab soalan ahli parlimen PH berkenaan kenapa bakul makanan tidak diagihkan dengan mencukupi kepada kawasan parlimen PH sewaktu penularan Covid-19.
Beliau ditanya soalan tersebut bertalu-talu oleh ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang tidak berpuas hati tentang pengagihan bakul makanan sewaktu Covid-19.