Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata pembangunan tanah wakaf yang melibatkan Yayasan Wakaf Malaysia masih dalam perbincangan untuk bekerjasama dengan negeri-negeri dalam pembangunan tanah wakaf.
Katanya, libat urus akan dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Wakaf dibentangkan pada Disember 2020.
Beliau berkata demikian sewaktu ahli parlimen Tampin Hasan Bahrom bertanya dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat sejauh mana pembangunan tanah wakaf di seluruh Malaysia sudah dibangunkan.