Afif- PN jangan ulang sikap bongkak BN, PH

2020-07-27 32

Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata Perikatan Nasional (PN) perlu belajar dari kesilapan kerajaan terdahulu.

Katanya dalam satu wawancara eksklusif, sikap angkuh Pakatan Harapan dan BN ketika mentadbir kerajaan telah menyebabkan mereka dihukum oleh rakyat.

Bekas timbalan ketua pemuda PKR (AMK) yang dipecat parti dan kini Adun Bersatu berkata ketika PH menjadi kerajaan PH, beliau mendakwa gabungan itu tidak mengutamakan hal rakyat, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri mengenai isu kepimpinan beberapa individu.