Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berpendapat pilihan raya umum merupakan jalan keluar sebenar untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik ketika ini.
Memetik laporan Harian Metro, veteran Umno itu berkata ketika ini negara berdepan banyak masalah termasuk isu pengangguran, hilangnya keyakinan pelabur dan kemungkinan meningkatnya kadar jenayah.