Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) hari ini mempersoalkan kelewatan kerajaan melantik ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC) yang baharu.
Bercakap semasa gilirannya untuk membahaskan titah diraja hari ni, naib ketua PAC itu mengatakan ada banyak tugasan perlu dilakukan tetapi kelewatan itu menghalang jawatankuasa itu untuk kembali beroperasi.
Katanya lagi, PAC belum dapat mengemukakan tiga laporan lengkap yang meneliti pengumpulan cukai jalan dan kemasukan sistem kenderaan asing; Projek Sekolah Sukan Perlis dan penjualan tanah DBKL.