Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini membenarkan perintah reman selama tiga hari terhadap suami seorang YouTuber sensasi, bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor terhadap lelaki berusia 29 tahun itu selepas membenarkan permohonan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan memiliki senjata berbahaya, mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.