Nazri- Senarai parti sebagai penyelesaian, bukan undang-undang antilompat parti

2020-07-22 52

Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) telah mengusulkan agar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 dipinda untuk menguatkuasakan sistem senarai parti.



Ini katanya, akan membantu mengakhiri tindakan lompat parti buat 'kali ini dan selamanya' bagi memastikan kestabilan politik dan mengekang pembelian ahli Parlimen.


Katanya lagi, daripada menjadikan tindakan lompat parti tidak sah dari segi undang-undang, beliau mencadangkan supaya satu-satu kerusi parlimen itu terikat dengan parti dan bukannya wakil rakyat yang menang.