Kesemua parti termasuk ahli parlimen Bebas telah sebulat suara memberi komitmen untuk tidak lagi menggunakan perkataan berunsur hasutan, rasis, biadap dan seksis di Dewan Rakyat.
Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, komitmen itu dizahirkan kepada beliau ketika pertemuannya bersama semua ketua whip parti di Parlimen, semalam.