Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan menggubal rang undang-undang antilompat parti.
Usul yang dibawa R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) itu adalah bagi menghalang mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti dan ia mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan berkenaan.
Bagaimanapun menurut speaker DUN Selangor Ng Suee Lim , DUN tidak ada hak untuk mengubah undang-undang tersebut dan mereka menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang antilompat parti.