Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) hari ini berulang kali memohon untuk membangkitkan peraturan mesyuarat ketika perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ahmad Maslan (BN-Pontian), tetapi tidak diendahkan oleh timbalan speaker Azalina Othman Said.
Haniba tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh Azalina tetapi Noor Azmi Ghazali (Bersatu-Bagan Serai) mengejeknya dan menyuruh beliau 'makan ubat'.
Tahun lepas dalam sesi Dewan Rakyat, Hanipa pernah membuat kenyataan berunsur seksis ke atas Azalina yang juga ahli parlimen Pengerang.