Anwar bangkit isu 'katak khianat' dalam Dewan Rakyat

2020-07-14 827

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membangkitkan isu pengkhianatan di dalam gabungan partinya sendiri, Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PKR itu menyifatkan golongan yang berpaling tadah daripada PH sebagai “katak” kerana tidak tetap pendirian dengan membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Anwar menekankan beliau tidak mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri tetapi menimbulkan isu mandat kepada parti dan bukan ahli parlimen.

Free Traffic Exchange