'Saya bertugas hari pertama, jadi tolong slow and steady ya'

2020-07-14 268

Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Azalina Othman hari ini berseloroh ketika hari pertama beliau menjalankan tugas itu dengan meminta ahli parlimen supaya bersikap 'slow and steady'.

Kata-katanya itu disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen di dalam dewan.

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) turut bertanya sekiranya seorang timbalan speaker wanita tidak perlu memakai topi ketika mempengerusikan sidang parlimen.