'Saya harap tiada siapa perlu hadapi penderitaan ahli keluarga dibunuh'

2020-07-10 180

Richard Dillan Morais, adik kepada mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais hari ini berharap tiada siapa perlu melalui keperitan melihat keadaan ahli keluarga mereka yang dibunuh dengan kejam.

Dalam kenyataannya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis kerana berjaya menahan penjenayah yang membunuh abangnya dalam masa yang singkat.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr (B) Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.