Hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular baru-baru ini adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan adalah daripada sumber yang halal.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.