ECRL- Kenapa pilih kos asal jauh lebih tinggi, soal Anwar

2020-07-09 76

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan rasional untuk mengembalikan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke jajaran asal.

Dalam satu rakaman audio ketika ditemui pemberita di Port Dickson, Anwar turut mempersoalkan kewajaran kerajaan memilih jajaran yang memakan kos lebih tinggi berbanding jajaran yang dicadangkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan.