Pakatan Harapan tetap mahu Ariff dan Nga, kata Anwar

2020-07-09 5

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan bertegas akan mempertahankan kedudukan Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming sebagai speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat pada sidang Parlimen bermula 13 Julai ini.

Dalam satu rakaman audio ketika bertemu pemberita di Port Dickson, Anwar berkata mereka yang menganggap pertukaran tersebut sebagai perkara biasa adalah mereka yang tidak faham tentang sejarah parlimen sedangkan institusi speaker dalam bidang kuasa di Parlimen adalah satu institusi yang penting.