'Saya hanya ahli biasa, tak ada kedudukan untuk komen isu Muhyiddin'

2020-07-09 114

Pemimpin Bersatu dan MP Mersing, Abdul Latiff Ahmad berkata beliau hanya ahli biasa dan tiada sebarang kedudukan untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu berkaitan presidennya, Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas cadangan MP Padang Rengas, Nazri Aziz supaya presiden Bersatu itu kembali menyertai Umno dan mengambil alih jawatan presiden parti daripada Ahmad Zahid Hamidi.