Semua individu termasuk guru-guru yang mahu memasuki Sarawak dan Sabah dari Semenanjung Malaysia tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semua perjalanan rentas sempadan negeri sudah dibenarkan di seluruh negara.