Sultan Selangor bimbang rakyat mulai abaikan SOP

2020-07-08 40

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan apabila ramai dalam kalangan rakyat khususnya di negeri itu yang mengabaikan amalan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Menerusi pemerhatian yang dilakukan, baginda mendapati rakyat negeri itu tidak lagi mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk tidak memakai topeng muka ketika berada di tempat awam serta tidak menjaga jarak sosial.