Pemuda Bersatu atau Armada, kini dipimpin oleh naib ketuanya, Aizad Roslan selepas penyandang sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digugurkan keahlian parti pada 28 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan, Armada juga mengumumkan dua rombakan lain turut dibuat masing-masing bagi jawatan ketua penerangan dan penolong bendahari parti itu.