Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini memberi mandat penuh kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Presiden Warisan Shafie Apdal, bagi meneruskan usaha mengambil semula kerajaan persekutuan.
Ketika ditemui di luar ibu pejabat PKR, Anwar diminta untuk menjelaskan kenyataan itu namun beliau tidak mengulas lanjut sama ada perbincangan selanjutnya akan berdasarkan jumlah sokongan atau jika dia bersedia memberi jalan kepada Shafie.