Kerajaan melalui Wisma Putra telah mengenal pasti 10,484 rakyat Malaysia yang terkandas dan berpotensi untuk terkandas di luar negara, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ismail, ini termasuk rakyat Malaysia yang telah diberhentikan kerja termasuk pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian di luar negara.