Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.