Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menyatakan, saringan suhu badan hanya perlu dilakukan di pintu masuk kompleks membeli-belah dan tidak perlu dilakukan di setiap kedai dalam premis tersebut.
Bagaimanapun, rekod peribadi seperti nombor telefon dan nama perlu diberikan di setiap kedai yang dimasuki sama ada secara manual atau mengisi maklumat tersebut dalam applikasi MySejahtera.