Duta, kakitangan diplomat dibenar bersolat Jumaat di masjid

2020-06-26 35

Duta serta kakitangan pejabat kedutaan asing beragama Islam di negara ini dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid bermula minggu hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.