VOXPOP- Rakyat Malaysia berbelah bahagi mengenai pilihanraya mengejut

2020-06-23 44

Ketika keadaan sudah mula reda selepas perubahan mendadak kerajaan pada awal tahun ini, terdapat ura-ura mengatakan pilihanraya mengejut akan diadakan oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi mendapatkan mandat sebenar daripada rakyat.

Tetapi ketika pandemik Covid-19 masih menular di negara ini, adakah rakyat Malaysia akan bersetuju dengan idea tersebut?