Menteri- Tahap hutang negara mungkin cecah 55 peratus

2020-06-23 84

Tahap hutang negara berkemungkinan mencecah had berkanun 55 peratus pada akhir tahun ini berbanding 52 peratus pada ketika ini.

Ini berikutan pelaksanaan langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa, kehidupan serta merangsang ekonomi sepanjang penularan wabak Covid-19, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.