Tiada pakatan sulit di belakang PH, jamin naib presiden PKR

2020-06-21 137

Di tengah perselisihan dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai siapa calon perdana menteri dari blok pembangkang, seorang pemimpin kanan PKR telah memberi jaminan bahawa parti itu tidak membuat sebarang perjanjian rahsia di belakang sekutun mereka.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata Anwar Ibrahim selalu berkongsi maklumat mengenai hubungan politik beliau kepada DAP dan Amanah.

Dia menekankan bahawa tuduhan perjanjian rahsia membabitkan PKR "pasti tidak benar".

"Untuk Anwar, setiap kali dia bertemu sesiapa, dia akan beritahu Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).

https://www.malaysiakini.com/news/531071

Free Traffic Exchange