Orang ramai gembira ketika sempadan Selangor dan Perak dibuka semula

2020-06-10 1

Jambatan yang menghubungi daerah Muallim, Perak dengan Hulu Bernam, Selangor yang ditutup bagi aktiviti rentas negeri mula dibuka semula jam 12 tengah malam tadi selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ditamatkan.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Zulfikri Hassan, orang ramai mula berkumpul di jambatan yang memisahkan dua negeri itu sejak 6 petang bagi melihat sendiri anggota penguatkuasa membuka semula jambatan itu.

Jambatan ini tular pada hari raya Aidilfitri yang lalu berikutan satu rakaman video yang menunjukkan dua beradik yang terpisah akibat PKP dan terpaksa bertemu di luar pagar kawat duri di pagi hari raya.