MP- Negeri juga ada kuasa dalam kesihatan, pencegahan penyakit

2020-05-05 1,674

Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengingatkan bahawa kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri diberi kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan dalam soal kesihatan awam dan pencegahan penyakit.

Hassan menjawab peringatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri Azmin Ali bahawa kerajaan negeri terdedah kepada tindakan undang-undang oleh pihak industri jika enggan membuka semula ekonomi di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat.