Menteri: PBT tak boleh halang kilang telah dibenarkan MITI untuk beroperasi

2020-04-30 747

Pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya membenarkan kilang-kilang di bawah sektor yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi sepenuhnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Terdahulu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) kesal dengan campurtangan di kalangan PBT dan melarang beberapa kilang untuk terus beroperasi tanpa sekatan masa.

Sementara itu, MITI telah mengeluarkan garis panduan yang ketat bagi kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Free Traffic Exchange