Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian dibenarkan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.
Walau bagaimanapun individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.