Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan sektor ekonomi beroperasi seperti biasa memandangkan kes Covid-19 di Malaysia dalam fasa pemulihan.
Namun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sektor ekonomi yang bakal kembali beroperasi perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.