PKPD: 14 kes baru di kawasan Pasar Borong Selayang

2020-04-27 1,081

Terdapat pertambahan 14 kes baru Covid-19 di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di kawasan itu sebanyak 69 kes.

51 kes daripadanya adalah di kalangan warga asing dan terdapat satu kematian.

Bagi kawasan lain yang diisytiharkan PKPD, terdapat satu kes baru di Menara Plaza City One dan satu lagi kes baru di bangunan Selangor Mansion.