Anwar: Pemimpin perlu pertahan Rohingya, bukan ikut sentimen rakyat

2020-04-27 9

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyeru pemimpin negara mengambil pendirian tegas mengenai isu pelarian Rohingya dan bukannya mengikut sentimen rakyat semata-semata.

Dalam sidang video yang disiarkan di Facebook malam tadi, beliau berkata tidak ada beza apa yang berlaku ke atas pelarian Rohingya dengan kezaliman yang berlaku di Palestin.

Beliau mengulas mengenai kritikan orang ramai kepada pelarian Rohingya yang dipercayai berpunca daripada berita palsu mendakwa etnik itu menuntut hak sama rata dan kerakyatan Malaysia.