Kerajaan Pulau Pinang beri IC pada warga China satu fitnah - Anwar

2020-04-23 6

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata terdapat pihak yang percaya bahawa kerajaan Pulau Pinang ada mengeluarkan kad pengenalan (IC) kepada warga negara China di negeri itu.

Katanya perkara itu merupakan satu fitnah dan kuasa mengeluarkan kad pengenalan adalah kuasa kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab di Facebooknya, hari ini.