Penjual ikan kerugian lebih RM1,000 apabila ikan dan sotong jualannya dirempuh Perodua Myvi yang muncul tiba-tiba di Ketereh, Kota Bharu, tengah semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, gerai Zulkifli Ramli, dirempuh Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia lingkungan 60-an.
Wanita itu mendakwa tertekan pedal minyak apabila cuba menekan brek ketika memandu kereta itu bersama anak lelakinya yang berusia 40-an.
Akibat rempuhan itu, Zulkifli terpaksa buang hampir 60 kilogram ikan dan sotong yang sudah tercemar terkena minyak dan rosak digelek tayar kereta itu.
Bagaimanapun kata Zulkifli, tiada laporan polis dibuat memandangkan kedua pihak bersetuju menyelesaikan sendiri.