Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong KL diisytihar PKPD ke-6

2020-04-20 820

Pusat bandar utara dan sekitar Pasar Borong Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD keenam itu membabitkan lapan parcel di kawasan terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.