COVID-19: 8 negeri catat sifar kes baru

2020-04-20 9,881

Sebanyak lapan buah negeri mencatatkan sifar kes positif baharu wabak koronavirus (Covid-19) semalam.

Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumlah sama turut direkodkan kelmarin, bagaimanapun berlaku perubahan negeri yang mencatatkan sifar kes positif pandemik itu.

Lapan negeri yang mencatatkan sifar kes kelmarin ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kelantan.

Free Traffic Exchange