Seramai 12,074 individu telah ditahan sepanjang tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) setakat semalam, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas tindakan sesetengah pihak yang masih menyoal bidang kuasa polis untuk menahan individu yang ingkar PKP, Ismail menjelaskan polis bertindak mengikut Akta 342 dan Seksyen 3.1 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Akta tersebut memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan melantik mana-mana pihak yang sesuai menjadi pegawai yang diberi kuasa untuk menahan mereka yang ingkar.