Tindakan pantas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang berjaya mematahkan cubaan seramai 200 pendatang tanpa izin daripada memasuki perairan negara.
TUDM dalam kenyataan berkata bot berkenaan sarat dengan kira-kira 200 warga Rohingya yang dikesan di kedudukan 70 batu nautika (129.6km) dari barat Pulau Langkawi.