Meski berbeza pandangan, Anwar bela PAS di luar negara

2020-04-17 1

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata meskipun beliau tidak bersetuju dengan PAS dalam beberapa perkara tetapi beliau mempertahankan parti itu apabila dunia luar beri gambaran negatif terhadap PAS.

Bagaimanapun, Anwar turut membangkitkan beberapa isu yang beliau tidak bersetuju dengan pendirian PAS, antaranya isu gesaan pelaksanaan hudud sewaktu PAS berada dalam gabungan Pakatan Rakyat dan pengkhianatan PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional.